THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

kiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkini


Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti program kembara lasak Air Terjun Jelawang, sila dapatkan maklumat daripada En Farid 017-2966302. Penyertaan adalah terhad-cepat jangan terlambat.......!!!!!!!!!!!


Tahniah kepada pendaki-pendaki Gunung Yong Yap anda telah merintis satu pendakian yang di kira getir....tahniah!!!!!
Lima lagi......


Pendaki-pendaki yang bergaya, tersiar di surat khabar...tahniah di ucapkan...semoga kalian sukses dan bukan sekadar ini saja yang termampu....teruskan perjuangan pendakian yang lain pula....tak kan STOP kot? Gunung Kinabalu 2010.....


Cabaran di teruskan TRUSMADI & TAMBUYUKON.....sahut lah cabaran ini....semoga kita berjaya...mendapat pengalaman baru....









Wednesday, August 26, 2009

Buletin Perintis



















Wednesday, August 19, 2009

merapoh,merapoh


Program Gunung Tahan 17-22 Ogos 2006 (khamis-selasa)


Pagi tu semua peserta berkumpul di depan bangunan Wawasan Kg Baru untuk bahagi-bahagi bekalan makanan dan peralatan masak. Kat situ Zizo le peserta paling aktif dan gila-gila sikit tapi semua boleh terima dia…..














Zizo tengah melepak…baring (peserta paling gila hehehe…)


Kekadang aku rasa diorang ni macam dah tak sabar-sabar nak hadap Gunung Tahan. Aku pun sebenar nya baru ni pertama kali naik gunung . Tup-tup terus pergi yang tinggi…..panik juga bila di amanah kan bawa 40 orang peserta….hehehe…Tapi bos aku kata …..”Ya, ko buat dulu lepastu baru ko bagi tahu..kat aku.” (Makna nya kena buat report latu…..) Pagi tu bila semua peserta dah mula kumpul…aku rasa jadi semangat pula. Aku dah bahagi-bahagikan kumpulan….jadi senang lah sikit untuk aku bagi tugas…..

Sebelum ni aku pernah bawa 40 orang peserta…..pergi jelajah Taman Negara Kuala Tahan….huhuhu masa tu tracking…..dan camping….boleh di katakan senang…..walau pun ada juga peserta yang tak larat nak terus kan……tapi dengan semangat yang aku bagi kat diaorang “Alhamdulillah” semua OK. Tapi itu dulu kali ni agak mencabar..maklumlah…..gunung.

Mula-mula aku buat latihan fizikal….lepastu mental…ni semua aku rasa macam perlu. Aku cari Info tentang gunung…aku tanya orang yang pernah naik gunung….rata-rata yang aku dapat ialah cabaran Gunung Tahan amat payah bagi mereka yang tak pernah naik gunung. Aku dan Abe pun merancang buat latihan di Bukit Taboh…Tangga Batu Cave…Gunung Nuang….Taman KLCC….Tasik Perdana dan Tasik Titiwangsa….Sebenarnya latihan tu bukan untuk peserta saja…tapi yang lebih penting ialah untuk aku. Aku perlu lebih bersedia dari semua peserta.


















Sebahagian dari peserta sedang menanti arahan untuk ambil bekalan.



Program Gunung Tahan 17-22 Ogos 2006 (khamis-selasa)


Nama-nama seperti Ameng ,Abe, Mi, Jihan (bukan nama sebenar)….dan Asri “Jin” sangat sinonim pada masa tu…Sebenarnya mereka ni lah yang menjadi penguat semangat aku…Bagi aku mereka adalah “Sauh” yang paling kuat….
Tanpa mereka aku terasa kurang…..

Jam 6.00 petang kami semua tiba di KL Sentral , waktu semakin hampir bila semua peserta telah bersiap dengan Beg-beg yang agak besar dan tak kurang yang berat… Rasa gah bila orang ramai mula mencuri-curi jeling pada kumpulan kami. Ada yang berbisik..ambil gambar dan entah le apa lagi…..Aku, tak hirau tu semua yang penting bagi aku, peserta di atur dengan rapi sebaik yang mungkin….

Dari Kl Sentral ke Merapoh…perjalanan dengan keretapi yang amat lama….dan yang dah lama aku tak naik keretapi…hehehe…..seronok ke? Jam 8.10 malam aku dan peserta dah ada dalam perut keretapi…sambil menyusun bag-bag….keretapi mula bergerak dengan malas….
















Peserta bersantai…walaupun penat susun barang dan bag…(KL Sentral)
Abe…4 dari kiri barisan belakang….sebelah Awek…pakai cap merah tu…




Malam tu…peserta sepatutnya berehat dalam keretapi….tapi, faham-faham je la…mana boleh tidor dalam keadaan bising dan kurang selesa…Kelas Ekonomi….hehehe…lagipun kalau dah berkumpul ramai-ramai tu, macam-macam le perangai yang keluar…..ah..aku pun tak kesah sangat..
















Jihan..(bukan nama sebenar) kolar merah…kanan tepi tingkap….dalam keretapi..
Ekspres Wau….ke Merapoh.




Program Gunung Tahan 17-22 Ogos 2006 (khamis-selasa)


Dalam kebisingan ….aku mengimbau kembali detik-detik perjalanan pengalaman yang telah aku lalui. Terasa amat singkat masa berlalu…dari Kuala Tahan, Pulau Pangkor, Taman Negeri Endau-Rompin…tiba-tiba akan ke puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia..Rasa macam tak percaya semua ini berlalu dan terus berlalu seperti landasan KL Sentral yang aku tinggal kan jam 8.30 malam tadi…..
Rentasan laluan yang terkebelakang bila aku berdiri di pintu keretapi…terhinggut-hinggut dalam kebisingan geseran besi…lalu aku pun bersyukur semuanya memberi seribu satu pengenalan yang amat baru…



















Dalam Ekspres Wau….Kl – Merapoh (menari dalam keretapi huhuhuh)




17.08.2006 jam 5.40 pagi…Stesyen Merapoh menanti kedatangan gerombolan anak-anak kota dengan senyuman yang sinis dan sepi. Lewati masa itu…aku mula merapat kan kata-kata untuk menyusun anak-anak ini agar bertugas mengikut kumpulan…..Adakalanya kedengaran jeritan yang nipis mengarah perbuatan yang tersasar…”Merapoh dan Gunung Tahan, ini anak-anak kota akan menyusuri denai dan rentis mu untuk menuju puncak”….mohon mudahkan laluan ini…..

















Mad…(doa jalan laju) sempat lagi berposing…..


Keriuhan kami terkadang di sapa oleh deruan lori yang melalui jalan ke Gua Musang ini. Pagi itu amat menyegat kecergasan aku….tapi tetap aku mencongak kebarangkalian yang akan di tempuhi…





Program Gunung Tahan 17-22 Ogos 2006 (khamis-selasa)


Dari stesyan Merapoh kami menaiki van ke Pejabat Perhilitan Sg Relau…Lebih kurang 7 kilomiter jaraknya…Terasa satu penempatan aneh…dengan cahaya mentari yang mula menjengah kegelapan nan dingin..Lalu awan lekas-lekas menghalangnya…..”Harap-harap jangan hujan….” Masing-masing…memunggah bagasi…tetap dalam kumpulan. Kelihatan petugas-petugas pejabat Perhilitan mula mengira barang yang di bawa oleh peserta….Baju…seluar..kasut…stokin..sarong tangan…dan yang paling banyak sekali ialah plastik…hehehehe (ada yang sampai berpuluh-puluh bilangan nya…..) tin…battery …lebih kurang juga…sekali-sekala terdengar juga gelak tawa para peserta…aku seperti berada di tengah-tengah tawanan perang yang terlepas lari….semua berlalu dengan atur dan teratur….

Rutin mengira barangan ini amat biasa dengan pendaki-pendaki Gunung Tahan. Terasa berat juga akan hukuman bila satu perkara yang tak cukup bila pulang nanti…Huhuhu alamat tak dapat le sijil nanti. Aturan ini bagi aku sangat berkesan untuk memulihara khazanah alam ..Tak tercemar dan akan bersih la nama Gunung Tahan di mata dunia….Mujur telah aku beri tahu kepada peserta akan hal ini sewaktu latihan dulu…ianya amat berguna . (Gambar dan tapak kaki akan menjadi kenangan sepanjang hayat)

Kiranya peserta telah bersiap sedia untuk berlepas ke pintu Sg Relau.4wD menjadi perantara dari Pejabat Perhilitan ke Sg Relau….ulang alik….tak pernah jemu untuk menghantar para pendaki….termasuk lah kami.



















Pemandangan dari dalam 4WD menuju ke Sg Relau.


Sayup-sayup kedengaran bunyi unggas menyanyi lagu kebebasan yang gusar..mengiringi deru enjin 4WD. Hampir 20 minit kami meluncuri jalan yang terkadang naik dan turun..Apakah ini satu ujian yang bakal kami hadapi nanti.


















Peserta menikmati laluan berbukit…..





Program Gunung Tahan 17-22 Ogos 2006 (khamis-selasa




Kami di sambut oleh bangsal yang tesergam sunyi…kedapatan juga beberapa ekor lebah terbang mundar mandir…
Pintu masuk Sg Relau…di sini terdapat santuari pelbagai jenis Ikan Kelah..sungguh mempersonakan..sungai jernih yang menyamankan dan rasa tak sabar untuk berendam di dalam nya..huhuhu….Peserta mula memunggah bagasi masing-masing..
Taklimat dan senaman ringkas (regangan) mendahului acara …



Langit sedang cerah dan matahari mula bersinar...kebarangkalian akan hujan? Ahhh tu semua akan membuat kita "mental calar" tetapi semua tu harus di ambil kira. Doa dan deru langkah anak-anak kota mula memecah keheningan. "Barang kali, aku akan merindui jambatan ini..." terdetik juga dalam hati....bagai mana rupa trek dan rentis...persoalan tu aku kumpul dalam beg yang aku bawa...Kumpulan berlepas satu-satu dan aku berada bersama kumpulan ke dua.




Yang pastinya mereka semua berjalan serentak tiada yang tertinggal..aku sangat pasti akan hal itu..terdengar juga bunyi air mengalir bersebelahan trek...uhhhh betapa segarnya situasi ini.. Di bandar ada ke bunyi sedemikian? Aku pasti tak kan ada kesegaran yang sebegini nyaman...


Sungai mengalir, bermakna ada anak sungai yang harus di rentasi...Ye kumpulan pertama mula perlahankan rentak...kedengaran juga suara-suara semangat dan arahan kecil...Aku melihat telatah peserta...sungguh hebat erti kerjasama ini. Adakah pengalaman ini bermakna bila di bandar nanti? Atau ianya sekadar di pinggiran....

Hampir kesemua peserta berjaya melepasi beberapa batang anak sungai...ada yang deras airnya, ada juga yang agak dalam...tepi mereka tetap bertahan...Bertahan untuk ke kem pertama Lata Luis..(Kuala Luis) Yang nyata persinggahan kami adalah di Kem Kor. Tempat bermalam dan menghilang kan penat...

Adakah 40 peserta punyai satu tenaga untuk sampai pada satu masa yang sama? Anda rasa...? Barangkali keupayaan untuk berfikir pada satu matlamat adalah logik dan tepat....tetapi untuk satu tenaga yang sama, agak sukar... Ini bererti ada peserta yang akan sedikit lambat....Ahh itu biasa la...

Di sini lah bermulanya mental mengatasi fizikal....di sini juga bermula peserta akan berhadapan dengan persepsi masing-masing. Siapa kita dan kita pula siapa kepada mereka....Agak jauh lagi perjalanan ini, terasa keringat tak henti-henti mengalir...Pasti tetap bertahan....







Terasa tusukan cahaya mentari dari celah-celah daun dan ranting pokok, ada banir yang besar terungkap di atas tanah....seolah tempat berlindung. Akar-akar yang menjalar seakan mencengkam dada bumi..tarasa kehebatan akar tunjang menjadi pasak bumi yang menjunam kedasar. Kami terus terarah mengikut trek yang tersedia..."kejap lagi kita akan sampai di Lata Luis..." dapat juga melepas penat dan dahaga....


Dengan kecerunan hampir 45darjah kami tak sempat untuk berfikir tentang Kuala Lumpur yang tertinggal jauh...yang pasti Lata luis di depan mata...kami terus menjamah bekalan yang di bawa...penat macam mana sekalipun makanan mesti di makan..baru datang tenaga...Perjalanan harus di teruskan, setelah hampir 30minit berlalu...kami mula bergerak meninggalkan Lata luis.


Matahari condong namun cahayanya tetap menyengat....tertembus melepasi daun-daun dan pohon pokok yang meninggi..sungguh indah panoramanya... Sayup-sayup unggas membisikkan rahsia kehidupan yang tergugat....tergoyah..dan fauna menyanyikan lagu rindu...melankolia dan sinis.....Tapak kaki memijak trek tertinggal kesan kepenatan di sini...adakah kesabaran kian tercalar? Seketika aku memerhatikan peserta...ada yang terdahulu dan ada yang terkemudian.







Aku tahu keupayaan mereka..sewaktu latihan di Gunung Nuang dahulu...rata-rata mereka ini energi nya sangat kuat..
Ahhhh......sebegitu kuat manapun tenaga yang kita ada...ianya bukan untuk mencabar rahsia alam...Harus dan mesti di ingat sampai bila-bila..
dan anak-anak ini telah pun di beri maklum....


Lata Luis tertinggal bersama kenangan pertama...ada bersamanya keluh kesah yang tersisa...gelak yang terlerai...keringat anak muda tertumpah di dadamu Lata Luis..oh begitu asing sekali daerah ini.
Dihadapan kami menunggu dengan tenang....disisinya ada anak sungai yang mengalir, tapak lapang membenarkan kami merebahkan segala kepenatan setelah seharian berlari..berjalan..mendaki...menurun dan hehehe ada yang tergolek....kehkehkeh....Kem Kor....seperti mengerti hal-hal yang kami lalui tadi.



"Tok Batin" bukan nama sebenar, adalah peserta dalam kumpulan pertama sampai di Kem Kor..Aku sampai selepas tu...hehehe terus aku berendam dalam sungai bersebelahan kem itu...
Air gunung yang sejuk, dan semakin sejuk lagi bila air singgah di kulit kita...
Aku memendamkan seluruh kekuatiran dan keletihan ku di dalam sungai yang mengalir airnya....
Pasti tempat ini akan mendakap kepayahan anak muda dari kota, yang sedari tadi tak henti-henti bertanyakan khabar mu...Kem Kor


Sebentar lagi kesemua peserta sampai di tapak perkhemahan ini. Khemah dan keperluan makanan semua di kumpulkan....Aku dan beberapa ketua kumpulan mula mengarah kepada penyediaan khemah...Kem Kor luas tempatnya...boleh memuatkan hampir 100 orang pendaki.
Peralatan memasak di keluarkan...dan peserta berada didalam kumpulan masing-masing. Terasa segala kepenatan ini hilang...melihat telatah peserta yang seakan mahu berkampong disini...berkenduri disini...semuanya terhimpun dalam satu lokasi yang sangat jauh dari kesibukan kota....Kem Kor itulah nama mu....




17.08.2006 petang di Kem Kor...membiarkan anak-anak kota berkumpul di dada mu..ada cerita ada peristiwa ada memori ada nostalgia yang tersimpan di sini...

Kem Kor yang tadinya sunyisepi....tiba-tiba bertukar rythm....berdendang lagu asing...aku bersyukur kerana kesemua peserta akhirnya sampai dalam keadaan sihat....
14 km....!!!! macam tak percaya....Kuala Juram..Kuala Luis...5km, k.Luis...Lata luis...6km, Lata Luis....Kem Kor..2.5km....Begitu lah kiraan ku....mungkin tak tepat, tapi cukup mengajar aku erti kesabaran yang berpanjangan...Kem Kor berada pada ketinggian 750m d.p.l menggamit sedikit kedinginan...deru angin membawa sedikit rintik-rintik air yang berkaca...

Aku menjengok lagi ke arah peserta...mereka sedar betapa cabaran menanti pada esok hari...pun begitu, bila semangat mengatasi segalanya... akan terhasil lah sesuatu yang di hajati...malam itu...dalam rintik-rintik hujan mereka bersantai menunggu esok hari...aku harap tak lah lebat sangat.... hujan.....amin.....
Sambil duduk bawah fly pekena kopi panas....renyai dan dingin, tak sedar betapa tingginya nilai kedamaian di sini..ada peserta bertanya pengalaman esok....mungkin tak sabar atau tak larat atau ? hehehehe.....MENTAL CALAR...!!!! Deru aliran sungai...membawa pelbagai riak..aku menyorok dalam beg tidur...dan semuanya terbius dalam pelukan Kem Kor yang syahdu....

18.08.2006 jam 05:00 pagi kami mula bersedia..semua bergegas...mandi huhuhuhu sejuk gila....kemas khemah, masak sarapan...dan pax lunch...di sedia kan....
Arahan kecil..gelak tawa..bersepahan di lantai Kem Kor...
Bukan semua keperluan bekalan makanan yang akan di bawa ke puncak...itu lah arahan aku kepada peserta...kita tinggal kan sedikit bekalan dan tutup dengan ground sheet. Bekalan yang akan di gunakan sewaktu pulang nanti.
Masa begitu pantas berlalu...semakin terang...kami semua resah sekiranya tak sempat ke puncak...kiraan ku perjalanan yang memakan masa selama 11 jam ini nanti, akan menjanjikan sesuatu cabaran yang getir.

"Kami datang untuk menang !! Kami datang untuk menang!!!! Tak kira hujan panas...ribut melanda ribut melanda...!!!!! masih ingat kah lagi????? Jai...memang mustajab jadinya...


Sewaktu aku menjemput Jai...datang ke Taman Tasik Titiwangsa, itu lah yang aku minta dia buat...HAKA...KAMMATHEYY.....heheheheh semagat???? Aku rasa di Taman KLCC dan Taman Tasik Perdana memang sewaktu kami membuat formasi ini...ada yang ambil gambar....HUHUHU Tiba-tiba je.......

Kini di dataran Kem Kor anak-anak muda ini menyusun formasi untuk memberi semagat kepada semua...KAMI DATANG UNTUK MENANG !!!!!!!........



Lebih kurang jam 07:00 pagi kami mula bergerak selepas doa ringkas...mohon di permudahkan perjalanan kami...dan elak dari marabahaya....dan kami mula tinggalkan Kem Kor...
Aku bersyukur kerana tak hujan....kumpulan pertama mula menyeberang anak sungai....mendaki, landai dan mendaki lagi...mendaki,mendaki...huhuhuhu
Menanti di hadapan kami adalah Kem Permatang....2.5km dengan kecerunan hampir 60 darjah trek begini membuat aku pasrah.....begitukah yang peserta lain fikirkan...atau aku seorang saja...hmhmhm....
Menung...dan berfikir sambil berjalan...masa tu adalah perkara biasa...semakin hampir dengan Kem Permatang trek semakin membukit dan meninggi...sesekali kedengaran nyanyian anak kota.....hehehe menggantikan bunyi alam...ternyata membawa lagu blues....yang goyah lutut....
Beberapa kali kami berhenti dan menjamah biskut dan air....Ahhhh aku sudah tak nampak kelibat peserta belakang...tapi mereka yang aku tinggalkan di belakang di temani....Mi.
Kumpulan berikutnya....Jihan, Ameng...Asri(jin),
Abe....kesemuanya harapan ale....

Terkadang set walkie-talkie berbunyi seperti cengkerik...terkadang tak berbunyi....kami cuba berbicara sesama kami....siapa dihadapan dan siapa di belakang....

Ternyata cabaran hari kedua ini amat menyentuh perasaan...Aku terbuai bersama igauan dalam keretapi malam .....terasa teh tarik dan nasi lemak di koch kantin amat lazat....KFC di KL Senteral....Mc D.....ahhhhh...nasi ayam...nasi goreng...ABC...sirap Bandunggggg uuuhhuhuhh

Terhenti lamunan....bila ku di kejutkan....bunyi bedebuk...di depan ku....ada yang tersandung akar-akar kecil....hmmmm beginilah nasib.....trek sebegini.....seakan mencubit-cubit otot peha dan betis keding...hehehehehe.


Kem Permatang semakin hampir....aku boleh dengar suara-suara segar di hadapan ku....
Terasa atmosfera semakin sejuk...melalui trek permatang, kiri kanan pohon dan rantingnya seakan mengejek kami para pendaki corot...tiba-tiba menjadi rimba mistik yang laluan nya amat panjang pentasnya....

Aku melintasi Kem Permatang....jam menunjukkan pukul 10:20 minit pagi...berapa jam agak-agaknya...kami treking..??...kami harus tiba di Kem Kubang lewat tengah hari....!!!! Terkadang aku terfikir juga....apa jadi kalau hujan....? Memang cuaca amat membantu kami...Alhamdulillah.... Berita yang aku terima, ada peserta yang tak larat nak jalan...tapi jalan juga akhirnya....peserta perempuan ada yang bersaing dengan peserta lelaki....hmhmhmmm larat ke? Kedengaran sahutan unggas dan derap langkah bertambah kencang....laluan akar membuat kami lebih berhati-hati...tetapi ada juga yang membuat kami hangat hati...!!!! Lalu
deratan semut sebesar ibu jari....membuat aku insaf...lantas hati pun menjadi tersimpul dalam simpulan ulat gonggok yang bersemayam di tanah dingin ini....

Jauh lagi kah.....bila nak sampai..? soalan yang sangat sinonim dan berterbangan dalam fikiran anak-anak kota ini...Kubang........ di manakah dikau......dari Permatang ke Kubang....3.5km jaraknya...mengapa bertanya lagi....? Bukan salah mereka....ye..ye...ye...bukan salah mereka...mental calar agaknya....fikiran mula tersasar....terasa beban semakin berat jadinya...
Ini lah sindrum Mental Calar.....
Perlu tenaga, perlu kekuatan, perlu "Cloud 9" perlu Power Bar....perlu rehat....ahhh aku perlu tu semuanya....Terasa aku di tinggal keseorangan di sini...aku menjadi mangsa keadaan...keadaan yang tak pernah aku ingini....tebal hutan ini...tebal lagi harapan untuk pulang saja ke rumah....kejam..kejam..kejam..aahhh..."Ya....ko nak air ke......? aku tersentak dengan pertanyaan itu...ooohhh Bujal rupanya....semacam tak terasa kehadirannya...

02:30 petang....setelah beberapa kali kami tertipu dan terkeliru dengan panorama rimba...tak percaya...hehehe tanya" Bad"...sayup-sayup kedengaran suara santai yang ceria....hahahahah.
Kem Kubang sungguh sopan menyambut kehadiran kelompok getir ini.....SAMPAIDABAI....suara Dak Abang...Pairet..tiba-tiba singgah....yahaha.....

Kami tak henti-henti bercerita pasal Mad...heheheh baca "Doa Jalan laju......."
Ternyata....segala keresahan dan kepenatan tadi hilang di telan derai gelak ketawa.....semua peserta bertanyakan khabar mereka-mereka yang tertinggal agak jauh itu. Walkie-talkie tak berbunyi..mungkin sukar mendapat liputan kerana terlindung bukit. Kami berbincang untuk tunggu peserta lain sampai. Bekalan di jamah..hilang juga lapar dan dahaga yang sangat sirius tadi...Menanti di atas sana Kem Berlumut...1.5km lagi...Kem Kubang berada pada ketinggian 1406 m d.p.l Terasa kedinginan dalam bahang peluh yang menitis. Disini punca airnya perlu turun 20 meter kebawah...ada anak sungai yang sangat perlahan aliran nya. Sempat untuk masak air..dan meggi. Jadi kami pun menanti kehadiran mereka yang tercicir itu.
Jadi semacam menanti pelari maraton...setiap peserta yang sampai kami sambut dengan kata-kata semangat....dan masih ingat lagi peserta yang di sambut sebegitu meriah sekali..huhuhuhuhuhu....Nora.


Begitulah keriuhan peserta menyambut kehadiran mereka yang terkebelakang itu..Semua telah tiba...di Kem Kubang...
syukur...
Mereka yang sampai awal sudah pun meninggal kan Kubang...dan aku bersama-sama mereka... terasa berat langkah kaki untuk meninggalkan mu....tapi apakan daya...mungkin kita akan berjumpa lagi...hshshshs sayup aku perhatikan pemandangan yang tadi nya amat bertenaga...tapi aku pasti dan yakin kita akan ketemu lagi....Kem Kubang.. bye........

Suara anak-anak kota memecah kebisingan unggas...seakan menyanyi lagu sumbang dan tersasar rentak nya....itu tadi yang tertinggal di belakang...bersama Kubang. Trek akar yang mencabar jasmani, beg-beg yang terlekap di belakang....seakan menjadi condong dan sendeng...Mengapa...? Langkah menjadi kecil dan sejengkal...dan terkadang tak menjadi langkah...hmhmhmhmhm..ini sekarang yang sedang aku hadapi..."Leklu....sapkoklu..."

Kubang...Belumut hanya 1.5km tapi lelahnya... masyaAllah...mungkin permukaan yang semakin lembap dan basah membuat kami perlahan....sedikit geraknya. Melalui Belumut seakan meniti batas...berselut...silap langkah kita akan terbenam...lopak-lopak kecil yang bergenang air..menyindir kami...sinis yang menghiris perasaan...redup yang suram dan kelam...kami menjadi sangat tekun...tekun melangkah dan meniti...dalam wilayah Belumut ini. Seekor burung merayap di permukaan lembap....seakan pemandu arah...kejap-kejap muncul dan tiba-tiba hilang...jurupandu ke tu???? Hawa semakin sejuk...dingin dan basah...meresap ke tapak kaki..ahhh begitu juga selut yang terpalit di betis dan bukulali...terbawa bersama. Aku pasti mereka kumpulan yang di belakang ku, akan faham betapa trek ini amat halus dan rapuh mukanya...jangan tersalah pijak ye.......mudah mudahan kalian terhindar dari godaan selut yang akan menjerumuskan kalian kedasar resah...





Pada ketinggian 1493 m d.p.l Belumut menjanjikan panorama separa ghotic...trek yang bercabang mengikut rentak kering yang tersisa...itupun kalau ada. Sedikit landai...terkadang trek di tambah akar-akar yang tersua di permukaan..berpagar...berlandas...dan yang pasti...ianya Belumut. Begitulah.....

Betapa kaki yang terhayun...tak terbilang langkahnya....kami terkaku merenung pepohon yang semakin bantut dan rendang....sejauh 5.5km lagi......kami akan bertemu Kem Bonsai....
Aku andaikan betapa sahabat-sahabat ku yang di belakang sana...ya..."pasti bukan beg sahaja yang di galas...dapatkah kita semua rasakan....?"

Saat-saat begini mampukah kita senyum dan ceria menempuh kecerunan yang mencanak....Belumut telah di tinggalkan lebih 3 jam yang lalu...Bonsai semakin hampir...ya..semakin hampir...Bonsai begitu jauh nama mu...mungkin tak sepopular Bonsai di negara Jepun itu....tapi Bonsai di Gunung Tahan amat bersahaja menyambut kehadiran anak-anak kota ini...begitu ke? Semakin kuat kami melangkah semakin haus rasanya...terasa sedikit gula sudah cukup untuk menyambung kederat yang ada...

Bonsai..Bonsai...Bonsai....1705 m d.p.l ahhhh tinggi nya.....sayup nya...pohon rendang dan tupai menyambut langkah-langkah lesu kami...begitu lapar dan dahaga aku rasa....huhuhuhu...."Wan meter....sempat menghulur botol air....." terasa nyaman di tekak kering...

"Kita semakin hampir...."suara girang yang ku dengar, pemandangan semakin luas...terang dan tak terlindung lagi...suasana di sini..sejuk dan sedikt angin suam...aku dan pepohon sama tinggi seakan pagar yang berderetan...berbaris...kedapatan pemandangan yang aku kira menarik...Bonsai begitulah potret mu.... Dari sini boleh kita lihat trek ke Kem Botak...huhuhuhuhu begitu sayuuuup...




Bukit Botak....3km dari sini.....semakin tak sabar kami untuk mendekati Kem Botak....bekalan air semakin habis....terasa bahang mentari petang menikam-nikam kulit gelap kami...begitulah.
Semakin jelas...pemandangan disini....apakah itu puncaknya....ahhhh Botak pun kami belum sampai..heheheheh....aku pasti Zizo, Tok Batin (bukan nama sebenar), Bujal, Mohd (kawan zizo)
Din...antara mereka yang terkehadapan sekali....

Mereka bakal menempah sejarah untuk diri mereka sendiri....terawal..terpantas...terhebat... tercungap...hehehe...aku tersenyum sendiri...mengenang telatah mereka....dan mula mencongak perihal mereka yang di belakang sana...peserta wanita...?
Terkenang juga perihal periuk yang tertinggal dalam keretapi menghala ke Tumpat..hmhmhmm
Lalu aku menapak lagi menghayun, memanjat..mendongak dan tersandung...cuba untuk menewaskan keletihan yang teramat. Ternyata tewas juga tapi tak le seberapa tewas...huhuhu kira tewas le tuuu...aaahhh belum tewas lagi.....!!!!!!

Melihat ke hadapan...mengintai di balik bonsai...puhhhhh sayup nya Botak di hujung jari telunjuk
rasa tak terlangkah lagi......aaaahhhh aku belum tewas lagi..yahaha...belum tewas lagi....aku akan sampaidabai.....KAMI BOLEH...KAMI BOLEH..KAMI BOLEH...!!!!!!
Terasa terkepong dalam laluan Bonsai....akar Liana yang tersirat seakan merantai kaki kami...tanah kering yang merekah menangkap urat fizikal kami.....membiarkan akal-akal nipis ini melayang-layang tergantung tersangkut di dahan Bonsai.....



KAMI BOLEH...KAMI BOLEH...KAMI BOLEH...!!!!!



Dan aku pun terlepas dari belenggu Bonsai...hamparan Botak....menyapa keringat kami yang tercicir di Bonsai.....Hamparan Botak....seakan menjadi permaidani..lepasan lelah dari Bonsai...
dan Hamparan Botak....kami telah menjejakkan kaki kami di atas mu.....hampir mencecah ketinggian 1943 m d.p.l Bukit Botak mempunyai senario yang mencabar dan bisa membunuh mental....mohon di permudahkan laluan kami di sini.....
Puncak Tahan dari Bukit Botak...sejauh 2.5 km lagi.....
Terasa bahang...hangat...dan keringat mencurah ligat...pekat,likat dan kelat....menghunjam tekak separuh nyawa...apakah imbuhan untuk ini...????? Dari cerita mereka yang berpengalaman disini boleh nampak kambing gurun....ahhhh tiba-tiba jer ke kambing.....

Kami tak mahu tewas di Bukit Botak....kami akan menang di sini...matlamat kami Puncak Gunung Tahan...dan kesekian kalinya aku pasrah pada hukum alam..menjunam dalam kolah batu di sini....menghimpun tenaga yang terseliuh...untuk bertahan ke Puncak Tahan.

Kami meninggalkan Kem Botak dengan seribu satu perasaan......tertipu di puncak tipu....dan langkah terus melangkah....sesekali menoleh kebelakang....lihat lah sahabat...akan panorama dan kesayupan nya...

Semakin hampir ke puncak Tahan...pemandangan semakin luas, saujana mata memandang...angin menepis-nepis setiap inci tubuh kami....nun di bawah sana telah tertinggal segala penat lelah....



18.08.2006, 06:15 petang di Puncak Tahan....seakan satu igauan yang tak mungkin...tetapi, itu lah satu kenyataan. Tak lupa...kepada Tok Batin..Bujal dan lain-lain yang sanggup turun naik dari Botak ke Puncak Tahan semata-mata untuk memenuhi hajat kawan-kawan yang lain...untuk sampai ke puncak...Apa lagi yang harus di ucapkan kepada mereka ini...!!!!! selain dari Jutaan Terima Kasih yang tak terhingga......

Semua telah terkumpul...yang lambat pun...cuma jam 08:00 malam baru sampai ke puncak...sungguh tak terduga ianya berlaku....Tahniah-tahniah...Dan yang paling mengejutkan Jai, berkain sarong sampai ke puncak Tahan..heheheh...

Tiada perkataan yang dapat menggambarkan semuanya......biar lah gambar menceritakan segalanya....






Malam itu kami tak dapat melelapkan mata...terlupa semua keletihan..kepenatan...payah dan getir.....semua-semuanya di bawa kabus puncak tahan ini. Begitulah kira-kira nya...beehun sup menjadi saksi betapa gembiranya kami...

Puncak Gunung Tahan, kini anak-anak kota telah berada dalam dakapan mu...segala rentis yang kami lalui akan menjadi penghibur di hari muka. Kisah mu pasti tersebar di kalangan kami....angin bertiup sangat kencang..membawa suara kami merentasi banjaran..terutama suara maria, siti cop, siti pink, rushi, anis, ku, g-ar, ina, nora....heheheh macam ribut...hehehe, tapi tak le sampai hujan...huhuh jangan marah haaaaa...yang pasti bagi aku...mereka semua selamat sampai..syukur. Dalam khemah..aku terbius lagi...

05:00 pagi 19.08.2006 suara anak-anak kota membelah sunyi..puncak Tahan riuh lagi..kesemua menuju ke pinggiran...melihat paras awan menjadi lantai putih kuning emas dan perak...mata dan lensa begitu fokus mencari punca...suara-suara menjadi terpegun melihat lukisan alam yang begitu hebat bercerita...





Aku bersyukur kerana di beri kesempatan untuk membawa seramai 40 orang anak muda kota ke puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia...mungkin menjadi Perintis kerana belum pernah ada program seperti ini di anjurkan oleh DBKL. Anak kota yang perbelanjaan nya cuma semangat dan disiplin. Aku senyum sendiri kerana mereka begitu memberi kerjasama yang tak pernah aku mimpikan. Terima Kasih.

12.00 tengah hari...peserta mula meninggalkan puncak tahan dengan seribu satu macam ragam dan kenangan..aku pasti puncak tahan akan hening...seperti asal. Keheningan itu juga menemani kami turun menuju ke Kem Kor..



Kem Kor menyimpan segala perasaan dan kenangan kami...malah bukan hanya kami, tetapi beribu pendaki lain. Sepanjang laluan menurun ini kami mula menyapa pendaki-pendaki lain..yang letih memanjat...hehehe terasa ada sedikit kelegaan dalam dada kami...
Tahniah dan kata-kata semangat mula bersimpang siur...jam 06:30 petang, kami tiba di Kem Kor....ada sekumpulan pendaki lain yang menunggu pendakian esok hari.....

Di Kem ini...pengalaman baru...mula berbisik...santai, trajis, goyah, mistik, kerana lewat, terkumpul melalui peserta yang sampai akhir kalinya.....09:00 malam.....Alhamdulillah...selamat.
Maka kami pun menghiburkan senario yang kelam ini. Tak sabar menanti esok yang pasti.... InsyaAllah.