THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

kiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkini


Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti program kembara lasak Air Terjun Jelawang, sila dapatkan maklumat daripada En Farid 017-2966302. Penyertaan adalah terhad-cepat jangan terlambat.......!!!!!!!!!!!


Tahniah kepada pendaki-pendaki Gunung Yong Yap anda telah merintis satu pendakian yang di kira getir....tahniah!!!!!
Lima lagi......


Pendaki-pendaki yang bergaya, tersiar di surat khabar...tahniah di ucapkan...semoga kalian sukses dan bukan sekadar ini saja yang termampu....teruskan perjuangan pendakian yang lain pula....tak kan STOP kot? Gunung Kinabalu 2010.....


Cabaran di teruskan TRUSMADI & TAMBUYUKON.....sahut lah cabaran ini....semoga kita berjaya...mendapat pengalaman baru....









Tuesday, August 18, 2009

Kami Perintis Sejarah


Bermula di sebuah warung di ibu kota, dua anak muda sedang berbincang untuk pergi melawat ke negara lain, "Jom kita berhijrah..." Itu lah permulaan isu yang di bicarakan...Agak terlalu umum bunyinya tetapi dari situlah segalanya tercetus. Berlanjutan anak muda ini berfikir dan berbicara, akhirnya terbulat satu azam untuk pergi bercuti di Sabah. Berbekalkan pengalaman yang serba-sikit ini akhirnya menjadi satu penggerak untuk melangkah ke kaki Gunung Kinabalu.


Mereka tersenyum dan mungkin akan menjadi sesuatu yang agak optimis. Pada bulan Mei 2008, segala persiapan telah di atur dan dengan peserta seramai 16 orang mereka sampai ke Negeri Di Bawah Bayu itu.

Itulah cetusan ilham yang terbuku dalam fikiran anak muda tadi yang akhirnya menjadi kenyataan. Mereka berkumpul dari dua orang menjadi tiga, empat menjadi lima dan bertambah...dan akhir nya terkeluar dari fikiran mereka untuk menubuhkan "Kelab" Agak serius juga bunyinya tu. Satu Kelab yang boleh mereka bergerak secara sah. Mulalah mereka merangka perjumpaan demi perjumpaan...Kebiasaan nya waktu pagi lah senang untuk mereka berkumpul hehehe....kedai makan waktu sarapan. Semua pandangan, ulasan serta saranan terkadang tercampur dalam teh tarik dan nasi lemak setiap pagi....Meja bulat menjadi bujur.

Pengalaman Kinabalu Mei 2008 di sambut dengan harapan untuk di aturkan sekali lagi. Apakah ini satu permulaan sambutan untuk menubuhkan kelab? Sememangnya untuk menubuhkan kelab mesti ada ahli. Mudah-mudahan mereka akan menjadi ahli kelab ini nanti. Namun hajat perlu di tunaikan....maka di rancang pula pemergian ke Gunung Kinabalu untuk kali kedua.



Dalam pada itu mereka juga telah merancang beberapa aktiviti untuk di jalankan. Semua itu nanti akan di muatkan didalam acara yang telah kelab jalankan. Terkadang, kita perlu berangan-angan untuk mencapai sesuatu impian...Dari angan-angan kita akan cuba untuk melakukannya....tapi kalau hanya berangan-angan saja susah lah untuk jadi kenyataan. Mesti ada penggerak, mesti ada yang sungguh-sungguh berusaha, baru ianya akan berhasil... Mencuba untuk buat yang termampu..."Tolong menolong antara satu sama lain, ahhh... itu kan sudah menjadi lumrah kita". Yang selisih faham tu lekas-lekas le setel kan....baru boleh maju.

1 comments:

Kembara Perintis said...

Selamat datang ke Blog Kembara Perintis....