THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

kiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkiniterkini


Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti program kembara lasak Air Terjun Jelawang, sila dapatkan maklumat daripada En Farid 017-2966302. Penyertaan adalah terhad-cepat jangan terlambat.......!!!!!!!!!!!


Tahniah kepada pendaki-pendaki Gunung Yong Yap anda telah merintis satu pendakian yang di kira getir....tahniah!!!!!
Lima lagi......


Pendaki-pendaki yang bergaya, tersiar di surat khabar...tahniah di ucapkan...semoga kalian sukses dan bukan sekadar ini saja yang termampu....teruskan perjuangan pendakian yang lain pula....tak kan STOP kot? Gunung Kinabalu 2010.....


Cabaran di teruskan TRUSMADI & TAMBUYUKON.....sahut lah cabaran ini....semoga kita berjaya...mendapat pengalaman baru....









Monday, September 7, 2009

Perlembagaan undang-undang

KELAB REKREASI KEMBARA PERINTIS




PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN
PERINGKAT
KELAB REKREASI KEMBARA PERINTIS


FASAL 1 . . NAMA
FASAL 2 . . ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
FASAL 3 . . DEFINISI
FASAL 4 . . OBJEKTIF DAN MATLAMAT
FASAL 5 . . LOGO/LAMBANG
FASAL 6 . . KEAHLIAN
FASAL 7 . . YURAN KEAHLIAN DAN YURAN TAHUNAN
FASAL 8 . . PERMOHONAN MENJADI AHLI
FASAL 9 . . KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI
FASAL 10 . . HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG
FASAL 11 . . PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
FASAL 12 . . MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
FASAL 13 . . AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
FASAL 14 . . MESYUARAT AGUNG KHAS
FASAL 15 . . JAWATANKUASA INDUK
FASAL 16 . . TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK
FASAL 17 . . JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
FASAL 18 . . TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK
FASAL 19 . . MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK
FASAL 20 . . KEWANGAN
FASAL 21 . . JURUAUDIT
FASAL 22 . . TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
FASAL 23 . . PERTIKAIAN DALAMAN
FASAL 24 . . PENAUNG/PENASIHAT
FASAL 25 . . PINDAAN PERLEMBAGAAN
FASAL 26 . . LARANGAN
FASAL 27 . . PEMBUBARAN




KELAB REKREASI KEMBARA PERINTIS
PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN
KELAB REKREASI KEMBARA PERINTIS



FASAL 1 NAMA

(1) Kelab ini dikenali sebagai
KELAB REKREASI KEMBARA
PERINTIS di dalam Perlembagaan ini.

(2) Selepas ini disebut
Kelab.

FASAL 2 ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN

(1) Alamat berdaftar Kelab ialah
NO. 24, JALAN DAMAI RASA 9,
ALAM DAMAI CHERAS, 56000, KUALA LUMPUR,
atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa
oleh Jawatankuasa Induk.

(2) Alamat untuk surat menyurat Kelab ialah di
NO. 24, JALAN
DAMAI RASA 9, ALAM DAMAI CHERAS, 56000, KUALA
LUMPUR.

Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat kelab tidak boleh
diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk Kelab dan hanya boleh
dikuatkuasa setelah mendapat kebenaran bertulis daripada
Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

FASAL 3 DEFINISI

(1)
KELAB bermakna KELAB REKREASI KEMBARA PERINTIS.

(2) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna
mesyuarat yang wajib
diadakan oleh kelab ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebut dalam
fasal 12.2 Perlembagaan ini.

(3) JAWATANKUASA INDUK bermakna
Jawatankuasa Induk bagi
Kelab seperti yang disebut dalam fasal 15 Perlembagaan ini.

(4) JAWATANKUASA bermakna
Jawatankuasa yang sah dibentuk atau
dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut fasal 17.

(5) PEJABAT bermakna
alamat urusan Kelab seperti yang ditetapkan
dalam fasal 2 Perlembagaan ini.

(6) AHLI KELAB bermakna
ahli seperti yang disebutkan dalam fasal 6
Perlembagaan ini.

(7) PESURUHJAYA bermakna
Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah
seksyen 10 Akta Pembangunan Sukan 1997.

FASAL 4 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

(1) Pertubuhan ini menjalankan kegiatan riadah, kembara lasak, dan cintakan alam
semulajadi yang dilakukan secara berkumpulan sebagai aktiviti rekreasi.

(2) Tujuan utama Pertubuhan ini adalah:
(a) menggalakkan ahli untuk menjelajah dan mengenali tempat-tempat yang
menarik di Malaysia dan serata dunia, serta memperkayakan diri dengan
ilmu pengetahuan tentang sosio-budaya, dan adat resam kaum tempatan.
(b) mendedahkan ahli kepada kegiatan kembara bagi meningkatkan jatidiri,
setiakawan dan semangat kerjasama dalam satu kumpulan.
(c) memupuk semangat cintakan tanah air dan alam semulajadi demi
memulihara flora dan fauna yang menjadi Khazanah Negara untuk
generasi seterusnya.
(d) memberi pendidikan, latihan, serta kemahiran asas sebagai pengembara
termasuk aspek teknikal, mental, fizikal, dan emosi dalam istilah
memantapkan diri sebagai seorang pemimpin pada masa hadapan.
(e) memberi ceramah motivasi/kursus kemahiran dan kepimpinan,
mengadakan pameran bergambar, kesenian, menerbit dan mencetak
gambar-gambar dalam bentuk buku atau filem untuk pengetahuan ahli.
(f) menjalankan aktiviti kebajikan, sukan dan sosial dikalangan ahli-ahli
kepada masyarakat setempat sebagai penyambung silaturrahim.
(g) membolehkan Pertubuhan menerima apa-apa sumbangan tajaan ataupun
kewangan daripada pihak Kementerian, pihak swasta dan individu bagi
maksud untuk melancarkan perjalanan sesuatu aktiviti.


FASAL 5 LOGO/LAMBANG

(a) Lambang kelab ini adalah berbentuk bulat menunjukkan kedudukan kompas
360ยบ darjah berwarna biru bermaksud keamanan dan kemakmuran sejagat yang
perlu dipelihara. Manakala muka bumi berwarna hijau muda bermaksud
kehijauan alam semulajadi yang merupakan manifesto kelab dengan perkataan
KELAB REKREASI KEMBARA dan PERINTIS di tengah-tengah bulatan
adalah nama kelab.
(b) Perkataan PERINTIS merupakan asas atau dasar di dalam kelab ini menjadi titik
permulaan untuk menzahirkan sesuatu aktiviti berfaedah demi untuk kebaikan
warisan dan generasi seterusnya pada masa hadapan.
(Lambang yang berwarna tersebut ada seperti dilampiran).




FASAL 6 KEAHLIAN

(1) Keahlian kelab ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur
18 tahun keatas yang sihat dari segi mental dan fizikal.

(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong
oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki
mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada
Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut
budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebabsebabnya.

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti fasal 6
(2) di atas, hendaklah setelah membayar yuran keahlian dan yuran
tahunan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli kelab dan
berhaklah ia menjadi ahli.

(4) Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima
menjadi ahli kelab ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara
bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.


FASAL 7 YURAN KEAHLIAN DAN YURAN TAHUNAN

(1) Bayaran yuran keahlian dan yuran tahunan yang perlu dijelaskan adalah
seperti berikut:
(a) Yuran keahlian RM20.00 (Ringgit Malaysia dua puluh sahaja)
(b) Yuran tahunan RM30.00 (Ringgit Malaysia tiga puluh sahaja)

(2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada bendahari tidak lewat dari
1 Februari tiap-tiap tahun.

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan
menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau
wakilnya, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli
sehingga hutangnya dijelaskan.

(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah
yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli
Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan
yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang
ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi
sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang
tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.
Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam
tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama
seperti hutang yuran bulanan.


FASAL 8 PERMOHONAN MENJADI AHLI

Semua permohonan untuk menjadi ahli kelab hendaklah dibuat secara bertulis dengan
mengisi borang dengan lengkap dan dikemukakan kepada Setiausaha. Jawatankuasa
Induk berhak untuk meluluskan atau menolak sebarang permohonan tanpa memberi
apa-apa alasan. Keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamat.


FASAL 9 KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI

(1) Tiap-tiap ahli Kelab dibenarkan menyertai dalam segala kegiatan yang
dianjurkan oleh Kelab ini.

(2) Setiap ahli Kelab berhak menerima dengan percuma satu salinan Perlembagaan
Kelab sekali sahaja semasa pendaftaran.


FASAL 10 HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG

Semua ahli yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari tahun tersebut adalah
berhak untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan dan boleh mengundi dan diundi
dalam mesyuarat tersebut.


FASAL 11 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah memberi
kenyataan bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan
menjelaskan segala hutangnya.

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Kelab atau bertindak
dengan cara yang akan mencemarkan nama baik kelab boleh dipecat atau
digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan
munasabah oleh Jawatankuasa Tatatertib. Sebelum Jawatankuasa Tatatertib
memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan
sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli
tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela
dirinya. Kuasa pemecatan atau penggantungan keahlian akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Induk. Keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamat.


FASAL 12 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

(1) Pengelolaan kelab ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.
Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak
mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana
yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan
perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah
ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang
ditetatapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas
setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang
ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan
mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan Kelab dan
membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(3) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurangkurangnya
30 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda
mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata
kira-kira Kelab bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini
juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan
Kelab.

(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada semua ahli dan Pesuruhjaya Sukan
salinan Penyata Tahunan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh
tiga puluh (30) hari setelah selesainya mesyuarat itu.


FASAL 13 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

(1) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kelab hendaklah diadakan dengan secepat
mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31
Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk.
Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:
(a) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Kelab di dalam
tahun lalu;
(b) menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit
bagi tahun yang lalu;
(c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun
akan datang; dan
(d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam
mesyuarat itu.
(e) Memilih Jawatankuasa Induk yang baru mengikut fasal 15 (1)
Perlembagaan ini dan melantik dua (2) orang juruaudit mengikut fasal 21
(1) Perlembagaan ini setiap dua (2) tahun sekali.


FASAL 14 MESYUARAT AGUNG KHAS

(1) Mesyuarat Agung khas bagi kelab ini boleh diadakan:
(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Induk atau dengan kehendak
Pengerusi; atau
(b) atas permintaan beramai-ramai secara bertulis oleh ahli-ahli tidak kurang
daripada separuh (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi
dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu
hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab.

(2) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada
satu tarikh di dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan
permintaan mesyuarat itu.

(3) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah
diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya empat
belas (14) hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

(4) Fasal 12 (1) dan 12 (2) di dalam Perlembagaan ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat
Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah
jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan
dalam masa enam (6) bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

(5) Tidak boleh diadakan pemilihan dalam Mesyuarat Agung Khas.


FASAL 15 JAWATANKUASA INDUK

(1) Satu Jawatankuasa Induk Kelab hendaklah terdiri daripada:
Seorang (1) Pengerusi
Seorang (1) Timbalan Pengerusi
Dua (2) orang Naib Pengerusi; dan
Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa

(2) Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah dilantik oleh Pengerusi
dengan persetujuan Jawatankuasa Induk dalam mesyuarat pertama
Jawatankuasa Induk selepas Mesyuarat Agung Tahunan tetapi ketiga-tiga
mereka tidak mempunyai hak mengundi dan diundi.

(3) Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk ini dan dalam
Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah:
(a) berumur lapan belas (18) tahun ke atas;
(b) warganegara Malaysia;
(c) bukan seorang muflis;
(d) tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana badan
sukan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu;
(e) tidak disabitkan kesalahan jenayah dalam tempoh lima (5) tahun
yang lalu; dan
(f) sempurna akal

(4) Mana-mana pemegang jawatan yang didakwa di Mahkamah atas pertuduhan
jenayah hendaklah meletakkan jawatannya serta-merta.

(5) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta
disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahliahli
di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik
semula tiap-tiap tahun.

(6) Fungsi Jawatankuasa Induk ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
Kelab dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab
mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.
Jawatankuasa Induk seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang
bertentangan dengan keputusan Mensyuarat Agung dengan tidak terlebih
dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa Induk mestilah sentiasa
mematuhi keputusan Mesyuarat Agung Tahunan. Jawatankuasa Induk
hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu
kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

(7) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan,
calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu
hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang
sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa
melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat
Agung Tahunan diadakan.

(8) Jawatankuasa Induk boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan pegawaipegawai
lain untuk menjalankan urusan-urusan Kelab, dan melantik pengurus
dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau
melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di
dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan
Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan
kepentingan Pertubuhan.

(9) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak
dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.


FASAL 16 TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK

(1) Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa.

(2) Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau
Khas.

(3) Mengurus dan mentadbir Kelab dan menjalankan aktiviti-aktiviti Kelab.

(4) Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan aktiviti-aktiviti yang
diluluskan.

(5) Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk di bahas dalam
Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas.

(6) Menimbang rayuan keputusan Jawatankuasa Tatatertib bagi ahli-ahli Kelab.

(7) Membuat lantikan dan pemecatan kakitangan pengurusan yang bergaji.

(8) Menimbang permohonan menjadi ahli Kelab.


FASAL 17 JAWATANKUASA-JAWATANKUASA

(1) Jawatankuasa Kewangan;

(2) Jawatankuasa Pembangunan;

(3) Jawatankuasa Pemilihan dan Teknikal;

(4) Jawatankuasa Tatatertib; dan

(5) Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas.


FASAL 18 TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK

(1) Pengerusi dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi dalam semua
mesyuarat Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat serta disiplin ahli-ahlinya.

(2) Timbalan Pengerusi hendaklah membantu Pengerusi melaksanakan
tanggungjawab menguruskan pentadbiran Kelab. Beliau hendaklah memangku
dan melaksanakan tanggungjawab Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.

(3) Naib Pengerusi hendaklah membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam
menguruskan pentadbiran Kelab. Semasa ketiadaan Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi, Naib Pengerusi kanan hendaklah memangku jawatan tersebut.

(4) Setiausaha bertanggungjawab dalam segala urusan pentadbiran Kelab mengikut
perlembagaan dan arahan-arahan Jawatankuasa Induk. Beliau juga
bertanggungjawab mengenai urusan surat-menyurat dan menyimpan buku daftar
ahli yang sah dan juga dihendaki hadir dalam semua mesyuarat dan membuat
catatan mesyuarat. Setiausaha hendaklah di dalam tempoh tiga puluh (30) hari
selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan menghantar penyata-penyata tahunan
serta dokumen-dokumen yang perlu kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia
sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

(5) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerjakerja
dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

(6) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab. Ia
hendaklah membuat kutipan yuran keahlian dan yuran tahunan, menyimpan
semua rekod dan buku kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas ketepatannya. Beliau juga hendaklah menandatangani
semua cek Kelab bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.

(7) Ahli Jawatankuasa hendaklah membantu mempengerusikan Jawatankuasa-
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah fasal 17 dan menjalankan tugas seperti
yang diarahkan oleh Pengerusi.
(a) Pengerusi Jawatankuasa Kewangan mempengerusikan semua mesyuarat
dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini adalah
untuk mencari sumber pendapatan Kelab seperti tajaan, bantuan dari
kerajaan, derma dan cara-cara lain yang sah dari segi undang-undang
Kelab dan undang-undang Negara.
(b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan mempengerusikan semua
mesyuarat dan melantik jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini
ialah untuk menganjurkan program-program pembangunan dan latihan
yang bersesuaian termasuk pembangunan pegawai, jurulatih dan ahli-ahli
Kelab.
(c) Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Teknikal mempengerusikan semua
mesyuarat dan melantik ahli jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa
ini ialah mengenalpasti destinasi-destinasi yang ingin dituju bersama kertas
kerja yang lengkap merangkumi tempat, tarikh, jumlah kos, pengangkutan,
makanan dan peralatan serta kelengkapan yang sesuai dengan aktiviti yang
bakal diadakan.
(d) Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempengerusikan semua
mesyuarat dan melantik jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini
adalah untuk memutuskan kes-kes yang berhubung dengan salah laku ahli
dan menjatuhkan hukuman terhadap ahli berkenaan.
(e) Pengerusi Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas hendaklah mempengerusikan
semua mesyuarat dan melantik jawatankuasanya. Tugas utama
Jawatankuasa ini ialah menjalankan tugas-tugas protokol, perhubungan
awam yang berkenaan dengan aktiviti, promosi produk dan kaedah
penyampaian yang berkesan kepada semua ahli.


FASAL 19 MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK

(1) Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam
tiga (3) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan
kepada ahli-ahli tujuh (7) hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian
atau tidak kurang daripada lima (5) orang ahli Jawatankuasa Induk bersamasama
boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila
masa.

(2) Sekurang-kurangnya lima (5) daripada bilangan ahli Jawatankuasa Induk
hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum
mesyuarat.

(3) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan
Jawatankuasa Induk dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka Setiausaha
bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara
pengedaran surat sekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah
disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Induk boleh dianggap sebagai
telah diterima:
(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang
di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli
Jawatankuasa;
(b) Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa
Induk mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap
cadangan itu; dan
(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang
keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan
oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk
disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

(4) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga (3)
kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Induk.


FASAL 20 KEWANGAN

(1) Sumber kewangan Kelab boleh diperolehi melalui:
(a) yuran keahlian dan yuran tahunan ahli;
(b) derma dan tajaan;
(c) bantuan dari kerajaan atau badan-badan berkanun;
(d) hasil-hasil perniagaan Kelab; dan
(e) sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang Negara.

(2) Pendapatan Kelab yang diperolehi hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai
objektif dan matlamat Kelab dan ahli-ahlinya seperti yang disebut dalam
Perlembagaan ini.

(3) Semua cek Kelab hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Pengerusi atau
Setiausaha.

(4) Perbelanjaan yang kurang daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia lima ratus
sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Bendahari bersama Pengerusi
atau Setiausaha.

(5) Perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia lima ratus
sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan Jawatankuasa
Induk.

(6) Bendahari boleh menyimpan wang runcit tunai tidak melebihi daripada
RM100.00 (Ringgit Malaysia seratus sahaja) dalam sesuatu masa. Wang yang
lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam akaun Kelab.

(7) Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan berserta Lembaran Imbangan
bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit
mengikut Perlembagaan dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan.
Penyata kira-kira yang diaudit hendaklah dikemukan untuk kelulusan Mesyuarat
Agung Tahunan yang berikutnya dan salinannya hendaklah diedarkan untuk
makluman ahli-ahli Kelab.

(8) Tahun kewangan Kelab ini adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember pada
tiap-tiap tahun.


FASAL 21 JURUAUDIT

(1) Dua (2) orang yang bukannya Ahli Jawatankuasa Induk boleh dilantik di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan
selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula.

(2) Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Kelab bagi setahun
dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan.
Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi untuk mengaudit
penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan Kelab bagi mana-mana masa
di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada
Jawatankuasa Induk.

(3) Mesyuarat Agung Tahunan juga boleh melantik Firma Audit yang bertauliah
bagi menjalankan kerja-kerja auditan Kelab sekiranya perlu.


FASAL 22 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1) Jawatankuasa Induk boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini.
Jawatankuasa Induk boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung
di dalam Perlembagaan ini sekiranya mustahak.

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar
yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan, keputusan
Jawatankuasa Induk terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah
oleh keputusan Mesyuarat Agung Tahunan.

FASAL 23 PERTIKAIAN DALAMAN

Adalah menjadi tugas Jawatankuasa Induk Kelab untuk menyelesaikan apa-apa
pertikaian yang timbul di kalangan ahli-ahli Kelab mengikut prosedur, peraturan atau
kaedah dalaman Kelab.


FASAL 24 PENAUNG/PENASIHAT

(1) Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak
menjadi Penaung/Penasihat bagi Kelab ini dengan syarat orang-orang yang
dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

(2) Penaung/Penasihat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi dan membuat
keputusan bagi pihak Kelab.


FASAL 25 PINDAAN PERLEMBAGAAN

(1) Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan
Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.

(2) Permohonan untuk perubahan-perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan
hendaklah dibuat kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam masa tiga puluh
(30) hari dari tarikh keputusan mesyuarat yang memutuskan perihal perubahan
atau pindaan tersebut. Perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan ini tidak
boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan

Malaysia.

FASAL 26 LARANGAN

(1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam
rumah Kelab: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai
Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu,
Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s
game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;

(2) Kelab atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa
cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau
mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi
dalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959;

(3) Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan
kepada ahli-ahli Kelab atau tidak, atas nama Kelab atau pegawaipegawai
atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada
Mesyuarat Agung Tahunan dan pihak berkuasa berkenaan;

(4) Kelab tidak boleh terlibat dalam mana-mana kegiatan politik atau parti politik,
atau bergabung atau mengadakan hubungan dengan apa jua politik dan
menggunakan nama Kelab dalam apa jua isu-isu politik.


FASAL 27 PEMBUBARAN

(1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan majoriti
oleh dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu
Mesyuarat Agung Khas.

(2) Sekiranya Kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah mengikut undang-undang
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan
mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada
Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh
pembubaran itu.






2 comments:

Fadzlie Dell™ said...

wah....

senang ye copy and pate nih...
hehehehhe
:)

Kembara Perintis said...

Terima Kasih kepada semua ahli yang telah meluangkan masa untuk membaca halaman ini. Diharap semua ahli dapat mematuhi segala yang terkandung di dalam Perlembagaan ini.